• Main
  • News

Hari Ni Min Masak Kupang Pedas Menyengat Bahan

Hari Ni Min Masak Kupang Pedas Menyengat Bahan

Hari ni min masak kupang Pedas Menyengat 😋

Bahan
1.5kg kupang segar
8 ulas bawang merah sederhana besar
5 ulas bawang putih
5 sudu besar Cili boh
1 inci halia
1 barang serai dititik
Minyak utk menumis
5 sudu besar SOS Cili Pedas Menyengat boleh tambah jika suka Pedas.

Mesin bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat. Kemudian tumis sehingga wangi. Masukkan Cili boh dan SOS Cili Pedas Menyengat. Masukkan serai dan goreng sehingga naik minyak. Jangan lupa masukkan garam dan gula mengikut citarasa masing2. Min kurangkan garam dan tukar Maggi cukup rasa 😁 nyum...nyum. Masak sehingga kupang terbuka dan sedia utk dihidangkan. Selamat mencuba. Simple tapi sedap.