Ditubuhkan pada tahun 2014, Ibu Selera Asli Pantai Timur bermula sebagai sebuah restoran yang menyajikan hidangan tradisional Pantai Timur. Kini, kami telah berkembang menjadi sebuah kilang pemprosesan makanan halal di bawah agensi MARA, bertempat di Lot BT15, Kawasan Industri Mara (KIM) Fasa 2 Halal Park, Pengkalan Chepa 16100, Kota Bharu, Kelantan. Dengan perubahan arah ini, kami komited dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi yang menepati citarasa tempatan dan antarabangsa.
Produk utama kami ialah sos pencicah Chili Bomb, yang terkenal dengan rasa unik dan autentik warisan Kelantan. Kami juga menyediakan rempah masakan yang membantu melengkapkan hidangan tradisional dengan rasa asli yang diinginkan. Kami telah berjaya menembusi pasaran melalui kedai runcit serta platform digital seperti Facebook, Instagram, Shopee, dan TikTok. Sos Chili Bomb kami menjadi pilihan utama di kalangan pelanggan B2B dan B2C.
Selain pemprosesan makanan, kami juga menerima tempahan makanan untuk hidangan majlis dan keraian, serta menyediakan perkhidmatan OEM berskala kecil untuk membantu usahawan memulakan perniagaan mereka sendiri. Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memenuhi keperluan semasa dan menyokong perkembangan perniagaan tempatan.