• Main
  • News

Jemput Minum Ptg Jom Tengok Apa Min Buat

Jemput Minum Ptg Jom Tengok Apa Min Buat

Jemput minum ptg jom tengok apa min buat petang ni. Pulut Pauh dan Pulut Durian ????

Bahan:
1kg beras pulut cap Angsa Emas
5 keping Asam Gelugur
1 sudu makan garam
2 sudu makan gula
1 cawan santan pekat + 1 cawan air masak
Buah mangga masak
Buah durian
Pewarna makanan
Kacang dhal mini

Beras pulut direndam selama 8 jam (untuk mengelakkan angin dalam badan)

5 keping asam gelugur direndam bersama beras pulut. Rendam beras mengikut warna kegemaran (asam keping digunakan untuk mengelakkan pulut pecah perut apabila dikukus dan meresap warna dengan baik)

Cara Masak Pulut:
-Kukus pulut yang telah direndam sehingga masak
-Angkat dan gaul dengan santan yang telah dicampur dengan sedikit garam dan gula.
-Biarkan seketika supaya santan meresap dan kukus lagi sehingga lembut.

Kuah Santan:
2 cawan santan pekat
4 cawan air masak
1 sudu makan tepung jagung
2 helai Daun pandai
Sedikit garam dan gula

Caranya:
-Campurkan santan pekat dan air
-Masukkan garam & gula
-Masak dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul
-Setelah mendidik masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
-Kacau sehingga kuah menjadi pekat dan bolehlah diangkat.

Cara menghidang:
Apabila semua sudah masak bolehlah dihidang dan taburkan mini dhal yang telah digoreng.
Boleh rujuk gambar cara menghidang, Selamat mencuba